PENS-ITS --> LLU

It Was TEKNOLOGI INFORMASI,Now LLU

Sabtu, 15 Desember 2007

Macromedia Dreamweaver

oleh Adobe). Ia merupakan sistem penyuntingan yang menggabungkan daya pengeluaran WYSIWYG (What You See Is What You Get) dengan kuasa pengawalan kod HTML. Penggabungan ini adalah unik pada keakhiran 1990-an dan menyebabkan penggunaannya secara meluas. Ia sekarang terdapat dalam versi Macintosh serta Windows, dan memegang lebih kurang 80 peratus daripada pasaran atur cara penyunting HTML yang profesional.

Versi yang terkini adalah "Dreamweaver 8". Dreamweaver telah menerima beberapa anugerah, termasuknya "Persembahan Terbaik di Dunia Internet" ("Best Show at the Internet World"), pemeringkatan lima-tikus yang berprestij daripada DuniaMac (MacWorld), serta "Atur Cara Web Tahunan Yang Terbaik" daripada "Majalah PC" (PC Magazine).

[sunting] Ciri-ciri

Ciri-ciri ramah pengguna serta ciri-ciri atasannya menyebabkannya menjadi pilihan terunggul, baik oleh pereka web yang profesional, mahupun mereka yang baru kepada internet.

Ciri-ciri Dreamweaver yang terbaik termasuk kod HTML yang kemas serta sokongan kepada pilihan-pilihan HTML yang terbaru (seperti HTML Dinamik dan gaya sunting melata (cascading style sheet (CSS)). Dreamweaver juga mempunyai atur cara penyunting teks yang bersepadu serta penyahpepijat JavaSkrip. Ia menyepadukan BBEdit (atur cara HTML yang terpopular bagi Macintosh) dan Homesite (untuk Windows) dengan sekitaran reka bentuk WYSIWYG yang mudah diguna. Mengulang alik antara Dreamweaver dan atur cara penyunting teks senang sahaja, dan pengguna-pengguna dapat menikmati faedah daripada kedua-dua situasi sekiranya mereka masih suka bekerja dengan kod HTML pada sebahagian masa.

Sekitaran reka bentuk grafik Dreamweaver mempergunakan palet dan tetingkap untuk membolehkan pengguna-pengguna yang baru mula belajar bagi mencipta tapak Web atasan yang merangkumi ciri-ciri seperti animasi, borang interaktif dan penyelesaian e-perdagangan, walaupun mereka tidak memahami HTML.

Dreamweaver membenarkan pengguna memilih kebanyakan pelayar untuk melihat paparan tapak web. Ia juga mengandungi alatan pengurusan tapak untuk pengguna baru, seperti keupayaan mencari dan mengganti garis-garis teks ataupun kod dengan apa jua parameter yang ditentukan. Panel perjalanan (behaviors panel) juga membenarkan penciptaan JavaSkrip yang asas tanpa pengetahuan pengekodan.

Dengan penciptaan versi MX, Macromedia menggabungkan alatan-alatan penciptaan kandungan dinamik ke dalam Dreamweaver. Selaras dengan semangat alatan-alatan WYSIWYG HTML, ia membenarkan penguna untuk mengaitkan kepada pangkalan data (seperti MySQL) untuk menapid and memaparkan kandungan dengan menggunakan teknologi skrip seperti PHP, ASP dan ASP.net, tanpa pengalaman pengaturcaraan yang terdahulu.

Tidak ada komentar:

Laman